Sunday, May 24, 2009
Keputusan SA1
Peperiksaan pun sudah selesai dan aku telah mendapat semua markah untuk semua subjek.Aku amat berpuas hati dengan markah bahasa Melayu yang telah aku dapat.Aku mendapat 76 markah iaitu A1.Aku mendapt markah yang agak sama dalam CA1.Aku mendapat 77 markah.Aku rasa aku telah bekerja keras dan inilah hasilnya.Aku rasa jika aku belajar dengan lebih tekun dan bersungguh-sungguh, aku akan mendapat markah yang lebih baik dan memuaskan.Markah karangan aku tidak memuaskan dan ini yang menyebabkan markah aku turun.Aku harus lebih banyak membaca buku Melayu untuk memperbaiki karangan aku.Dengan membaca banyak buku, aku dapat mempelajari perkataan baru dan mengetahui cara untuk membuat karangan yang lebih baik.Aku berharap bahawa aku dapat melakukan yang lebih baik dalam peperiksaan akhir tahun nanti dan akan mendapat markah yang lebih memuaskan daripada markah CA1.Dengan ini, aku mengakhiri refleksi aku dengan mengucapkan' SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA RAKAN-RAKANKU'.
Subscribe to:
Posts (Atom)