Thursday, July 23, 2009

Keharmonian Kaum

Pertama sekali saya ingin mengucapkan SELAMAT KEHARMONIAN KAUM kepada semua rakyat singapura.Pada pendapat saya, ia amat penting sekali untuk mengekalkan keharmonian kaum di singpura kerana kita bolah mengelakkan rusuhan kaum dan kita juga boleh hidup dengan aman damai dan bahagia.Pada masa dahulu, kaum di singapura seperti cina,india,melayu dan kaum-kaum yang lain selalu bergaduh dan mereka tidak berbaik-baik antara satu sama lain.Tempat tinggal mereka berlainan mengikuti kaum mereka.Pada masa itu,Singapura sungguh tidak aman dan dalam kekecohan.Tetapi kini,semua sudah berubah.Sekarang semua kaum-kaum di Singapura sudah berbaik-baik dan mereka semua menghormati bangsa dan agama kaum-kaum yang lain.Jadi saya amat bangga menjadi rakyat Singpura kerana Singapura adalah satu-satu negara yang ada kaum-kaum berbagai bangsa dan agama hidup bersama-sama dalam harmoni dan aman damai.

Sunday, May 24, 2009

Keputusan SA1

Peperiksaan pun sudah selesai dan aku telah mendapat semua markah untuk semua subjek.Aku amat berpuas hati dengan markah bahasa Melayu yang telah aku dapat.Aku mendapat 76 markah iaitu A1.Aku mendapt markah yang agak sama dalam CA1.Aku mendapat 77 markah.Aku rasa aku telah bekerja keras dan inilah hasilnya.Aku rasa jika aku belajar dengan lebih tekun dan bersungguh-sungguh, aku akan mendapat markah yang lebih baik dan memuaskan.Markah karangan aku tidak memuaskan dan ini yang menyebabkan markah aku turun.Aku harus lebih banyak membaca buku Melayu untuk memperbaiki karangan aku.Dengan membaca banyak buku, aku dapat mempelajari perkataan baru dan mengetahui cara untuk membuat karangan yang lebih baik.Aku berharap bahawa aku dapat melakukan yang lebih baik dalam peperiksaan akhir tahun nanti dan akan mendapat markah yang lebih memuaskan daripada markah CA1.Dengan ini, aku mengakhiri refleksi aku dengan mengucapkan' SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA RAKAN-RAKANKU'.

Sunday, April 5, 2009

KARANGAN DESKRIPTIF

Rasa gembira meruapdi dadaku sebaik sahaja aku tiba di Esplanade bersama-sama rakan-rakan sedarjah dan guruku. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dan keadaan di sana sungguh redup dan nyaman.Aku berasa terpegun melihat struktur Esplanade yang begitu indah sekali.
Aku melemparkan pandangan dari jauh ke Esplanade dan aku melihat strukturnya yang begitu indah sekali.Sejurus aku melihat,ia seperti mata lalat tetapi apabila aku melihat sekali lagi ia seperti durian.
Aku dan rakan-rakanku pun melangkah masuk ke dalam Esplanade.Kelihatan ada beberapa pelancong yang sedang berjalan-jalan di situ.Aku berasa sejuk kerana ada hawa dingin di sana.Kedengaran suara dan tapak kaki orang yang sedang lalu lalang di situ.Aku berasa sungguh ghairah berada di dalm Esplanade.
Guru aku pun membawa kami semua berjalan-jalan di sana dan memberitahu kami tentang sejarah Esplanade.Aku mempelajari bahawa ia di bina pada tahun 1996 dan ia mengambil masa enam tahun untuk di siapkan.Ia dibuka pada 12 Oktober di Marina Bay.Tujuan membina Esplanade ialah untuk mempromosikan seni budaya di Singapura.
Aku dan rakan-rakanku telah mempelajari banyak tentang Esplanade.Warna senja mulai memamah suasana di sana dan sudah tiba masanya untuk kami semua pulang.Tujahan cahaya matahari menampar mukaku ketika aku maenjejakkan kakiku keluar dari Esplanade.Aku terasa bahang dan manik-manik peluh mula membasahi tubuhku.Kelihatan ramai orang mula memenuhi kawasan di Esplanade.Suasana di sana menjadi sibuk dan bising dengan kanak-kanak yang berlarian,kenderaan yang lalu lalang dan macam-macam lagi.
Kami semua menaiki bas sekolah dan pulang ke sekolah.Setelah sampai di sekoal,aku dan rakan-rakanku pun pulang ke rumah masing-masing.Walaupun aku penat,tetapi aku gembira dan bangga kerana telah mendapat tahu sejarah tentang Esplanade, binaan yang begitu unik di Singapura.

Thursday, January 22, 2009

Azam Saya Pada Tahun Ini

Pada tahun ini,azam saya adalah untuk bekerja keras dan lulus semua peperiksaan saya dengan cemerlang.Saya mahu memperbaiki subjek saya yang lemah seperti mata pelajaran Matematik,Sains dan beberapa subjek lagi.Saya juga ingin cuba membaca banyak buku-buku Melayu kerana selama ini saya jarang membaca buku Melayu dan akhirnya,karangan saya tidak begitu bagus.Saya rasa dengan membaca buku saya dapat menemui perkataan baru dan dapat juga memperbaiki karangan saya.Azam terakhir saya ialah untuk menjadi seorang yang lebih konfiden dan dapat melalui semua cabaran hidup untuk mencapai kejayaan.