Thursday, January 22, 2009

Azam Saya Pada Tahun Ini

Pada tahun ini,azam saya adalah untuk bekerja keras dan lulus semua peperiksaan saya dengan cemerlang.Saya mahu memperbaiki subjek saya yang lemah seperti mata pelajaran Matematik,Sains dan beberapa subjek lagi.Saya juga ingin cuba membaca banyak buku-buku Melayu kerana selama ini saya jarang membaca buku Melayu dan akhirnya,karangan saya tidak begitu bagus.Saya rasa dengan membaca buku saya dapat menemui perkataan baru dan dapat juga memperbaiki karangan saya.Azam terakhir saya ialah untuk menjadi seorang yang lebih konfiden dan dapat melalui semua cabaran hidup untuk mencapai kejayaan.

No comments:

Post a Comment