Rasa gembira meruapdi dadaku sebaik sahaja aku tiba di Esplanade bersama-sama rakan-rakan sedarjah dan guruku. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dan keadaan di sana sungguh redup dan nyaman.Aku berasa terpegun melihat struktur Esplanade yang begitu indah sekali.
Aku melemparkan pandangan dari jauh ke Esplanade dan aku melihat strukturnya yang begitu indah sekali.Sejurus aku melihat,ia seperti mata lalat tetapi apabila aku melihat sekali lagi ia seperti durian.
Aku dan rakan-rakanku pun melangkah masuk ke dalam Esplanade.Kelihatan ada beberapa pelancong yang sedang berjalan-jalan di situ.Aku berasa sejuk kerana ada hawa dingin di sana.Kedengaran suara dan tapak kaki orang yang sedang lalu lalang di situ.Aku berasa sungguh ghairah berada di dalm Esplanade.
Guru aku pun membawa kami semua berjalan-jalan di sana dan memberitahu kami tentang sejarah Esplanade.Aku mempelajari bahawa ia di bina pada tahun 1996 dan ia mengambil masa enam tahun untuk di siapkan.Ia dibuka pada 12 Oktober di Marina Bay.Tujuan membina Esplanade ialah untuk mempromosikan seni budaya di Singapura.
Aku dan rakan-rakanku telah mempelajari banyak tentang Esplanade.Warna senja mulai memamah suasana di sana dan sudah tiba masanya untuk kami semua pulang.Tujahan cahaya matahari menampar mukaku ketika aku maenjejakkan kakiku keluar dari Esplanade.Aku terasa bahang dan manik-manik peluh mula membasahi tubuhku.Kelihatan ramai orang mula memenuhi kawasan di Esplanade.Suasana di sana menjadi sibuk dan bising dengan kanak-kanak yang berlarian,kenderaan yang lalu lalang dan macam-macam lagi.
Kami semua menaiki bas sekolah dan pulang ke sekolah.Setelah sampai di sekoal,aku dan rakan-rakanku pun pulang ke rumah masing-masing.Walaupun aku penat,tetapi aku gembira dan bangga kerana telah mendapat tahu sejarah tentang Esplanade, binaan yang begitu unik di Singapura.
Sunday, April 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bagus. Frasa berbunga digunakan dan ada perkataan yang susah digunakan.(:
ReplyDeleteKarangan anda baik . Tetapi ada tersalah eja. Bloeh menambahkan frasa-frasa berbungga dan peribahasa . Karangan anda ada kurang maklumat tentang sejarah Esplanade
ReplyDeletekaranga yang bagus bagi saya frasa bunga digunaka.
ReplyDelete